Sunday, April 18, 2010

Hari ini hari aku.

Hari tu aku dengar orang besar tu saman orang besar ni. Pastu ahli ugama pulak saman ahli ugama. Pastu, nabil raja lawak pulak dah nak kena saman. Kes diorang semua ni bukan main-main cap ayam, jutaan ringgit Malaysia beb..cuba korang convert jadi rupiah tengok dapat berapa?

“Aiman! Aiman!” jefri tercungap-cungap panggil aku.

“Ada apa ribut-ribut ni jef?”

“Aku dengar ***** nak saman kau dua ratus ribu sebab dia cakap kau ada fitnah dia dalam entri kau sebelum ni!”

“Apa??!! kau biar betul??”

Aku dah mula risau. Kalau betullah ***** yang nak saman aku, aku tak rasa benda ni main-main. Lagipun yang bagitahu aku ni jefri, dia tak pernah tipu aku sebelum ni. Tapi aku tahu aku di pihak yang benar. Aku tak terlibat dengan fitnah-fitnah ni.

Jantung aku berdegup pantas.

Karpal singh mula menjadi percaturan dalam kepala aku. Karam singh walia takde.

“Kau main-main ke apa ni jef?”

“Ishh kau ni. Ikut kau ah..”

Dua ratus ribu kot. Aku praktikal pun elaun dapat empat ratus je. Tu pun nak tampung petroleum kereta dan makan dan topup dan saman parking letak luar petak empat kali pun dah tak cukup. Dia ni takde belas kasihan ke? Lepas-lepas ni aku dah tak tahu la nak jimat petroleum lagi macam mana. Aircond kancil tu dah tutup tak pasang-pasang dah kecuali waktu terdesak. Kalau setakat asap diesel lori tu pun aku sanggup sedut lagi. Ni dia nak saman aku dua ratus ribu?

Huh..aku mengeluh panjang..

Aku kira-kira kalau aku bekerja sebagai jurukur bahan yang bertauliah nanti starting gaji dapat la sekitar dua ribu sebulan. Dua ratus ribu bahagi dua ribu sama dengan satu ratus. Maknanya kalau aku kerja satu ratus bulan baru aku boleh bayar full saman tu. Tu pun tak kira cuti bersalin lagi tu..kalau bos aku taknak bayar cuti tu macam mana?

Aduh..endorfin aku makin banyak keluar..

Ni aku kena dapat kepastian betul-betul ni..kalau si jefri ni tipu aku memang aku nak saman dia balik. Serius. Membe tak membe. Membazir endorfin aku je terpancar untuk benda remeh-temeh macam ni. Sistem perkumuhan pun dah terjejas.

PAAAAPPPPP!!!

“Bangunla solat maghriiibbb!!”

Aku bangun. Automatik kepala aku fikir fasal saman dua ratus ribu tu. Fikir pasal saman ni aku jadi tak tenteram. Bayangkanlah aku pening-pening bangun tidur lepas asar pun terus jadi ingat pasal saman tu. Aku cukup risau. Aku tahu aku di pihak yang benar, tapi kalau aku kalah macam mana?

Aku dalam kegusaran realiti dunia. Yang benar tak semestinya akan menang.

Aku makin risau. Aku mintak-mintak dia tak jadi saman aku..

Eh? ?

Aku kecilkan bukaan kelopak mata. Otak aku mula menerawang dalam pandangan yang masih berbinar. Dahi aku tepuk-tepuk.

Maghrib??

Aku urut-urut leher.

Aku tidur ke tadi? Aku kena saman? Bila pulak aku tulis pasal ***** dalam blog aku?

Err...........siapa jefri??

Aku garu-garu kepala. Aku biarkan nafas masuk sedalam-dalamnya. Gusar aku makin menghilang.

Sedikit demi sedikit bayangan karpal singh berlalu pergi.

Karam singh walia tak muncul-muncul..

No comments:

Post a Comment