Friday, April 23, 2010

Gejala sosial

Aku baru lepas balik makan kat café usman. Cium tangan bau ayam goreng masih ada. Sampai blok aku, aku nampak dia.

Dia renung aku. Renung yang tajam. Aku perlahankan langkah kaki.

Tiba-tiba dia serang aku.

“Woooiii!! Apahal??!!”

Aku tengok dia. Dia terus pergi buat tak tahu kat aku. Macam dia tak bersalah.

“Sengal. Apahal dia ni?”

Aku teruskan langkah ke bilik. Tertanya-tanya.

Malam tu aku pergi kiosk nak beli topup. Bai yang jaga kiosk tu membebel.

“itu mahu curi roti la tu.”

Aku tengok mata bai kiosk renung kat pintu. Mata aku turut menyorot mengikut pandangan bai kiosk.

Aku nampak dia lagi, dia yang aku jumpa petang tadi. Tapi aku tak pasti samada itu dia ataupun membe dia. Muka lebih kurang je semua aku tengok.

Dia melangkah perlahan penuh berhati-hati. Merenung aku dan bai kiosk.

“Banyak gila la ini cuti.” bai kiosk sambung lagi.

Aku senyap aje.

Betul. Semua kucing kat UIA jadi gila masa ni. Masing-masing berusaha keras meneruskan kehidupan sebab banyak café tengah tutup.

UIA sedang bercuti.

*****

Advance kucing skang. Makan roti.

Aku saspek datuk nenek diorang makan ubi kayu je hari-hari time jepun datang dulu.

No comments:

Post a Comment