Tuesday, April 27, 2010

sick'ret rare'sir'pee

“Abang, taknak pedas.”

Aku tengok foreigner tu cakap kat tukang masak. Kat sini korang jangan main-main dengan foreigner. Diorang pandai cakap bahasa melayu.

Ini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bro.

Bahasa melayu berpotensi besar untuk jadi bahasa antarabangsa kat sini. Macam zaman kesultanan melayu melaka dulu. Lingua franca. Cikgu sejarah aku pernah bagitau.

Aku tengok foreigner tu tadi.

Dia pergi kaunter café Norazah Caterer nak bayar order dia dan ambik resit. Aku beratur kat belakang. Hajat di hati nak order nasi goreng biasa dengan telur dadar. Aku tak makan lagi sejak pagi tadi.

Perut aku dah mula riuh berdendang.

“Megisap satu” foreigner tu cakap penuh konfiden.

Aku angkat kening.

“What the hell?” aku sekadar bermonolog di dalam hati.

Gila kau nak cakap kuat-kuat depan dia.

Tapi aku tidak menzahirkan bantahan. Mungkin ini resipi baru.

Aku perhatikan abang kaunter.

Tangan kanan abang kaunter dah bersedia nak tekan butang kat mesin duit. Namun bebola mata masih tertancap kat muka foreigner tu. Menampakkan kekeliruan dengan resipi yang diorder foreigner tu.

“Megisap satu.” foreigner tu ulang balik.

Dia cari-cari menu atas meja kaunter. Jari telunjuk dia mengarah-arah dari atas hingga ke bawah mencari resipi rahsia yang dia canang tadi. Sampai kat satu resipi dia berhenti. Resipi rahsia Norazah Caterer.

“Ooh..megisap rupanya.” bibir aku mengukir senyum.

Abang kaunter sudah mampu menekan butang mesin duit yang tadinya tidak mampu ditekan.

“m..e..g..g..i....s..u..p……..megisap.” aku eja-eja dalam hati.

Lain kali aku nak try order jugak tengok sedap setara mana resipi baru ni.

2 comments: