Thursday, March 11, 2010

sebabak keinsafan

Pintu masjid terbuka luas. Para jemaah yang datang mengusung jenazah berjalan beramai-ramai ke masjid sambil diketuai pak imam sebagai kepala di hadapan. Suasana kelihatan sedih dan bermuram durja.

Satu ketika, pengusung jenazah nampak sedikit tidak stabil. Aku risau kalau-kalau jenazah yang sedang diusung untuk disembahyangkan itu terjatuh. Mungkin orang yang mengusung jenazah tidak menyedari perkara tersebut. Aku hanya melihat.

Jenazah tersebut dengar katanya orang yang banyak membuat maksiat semasa hidupnya. Memfitnah orang dan mencuri harta orang. Begitulah kiranya setahu-tahu aku.

Melihatkan kepada keadaan jenazah tersebut diusung sahaja sudah mampu menerbitkan sedikit rasa insaf buat hati yang lembut. Dengan keadaan pengusung yang terkadang tidak stabil, kita sudah mampu menilai bahawasanya jenazah yang diusung tersebut seorang yang banyak membuat kejahatan semasa hayatnya.

Aku cuba menulis entri ini sebaik mungkin agar tidak mengaibkan jenazah.

Tapi hati aku masih keras. Aku masih melihat kosong suasana di hadapan mata aku. Mungkin keimanan yang lemah membuatkan aku jadi begini.

Dan tiba-tiba..

Eeeuuukkkkkk…keleepaaaaak..!!!!!!!

Pintu masjid yang tadi terbuka luas tiba-tiba tertutup rapat. Semua jemaah yang hadir tercengang. Melihat-lihat antara satu sama lain. Pak imam spontan mengarahkan para jemaah berhenti. Aku berdiri tegak tidak bergerak, tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Begitu juga keadaannya para jemaah yang hadir.

“Mungkin inilah balasan Allah kepadanya!!” seorang jemaah mula berteriak.

“harus, apa yang patut kita buaatt???!! Kita perlu pecahkan pintu masjid ini!!!!!” seseorang memberikan pandangan.

Bisik-bisik para jemaah semakin kencang. Semua saling memberikan pendapat.

Sesuai dengan taraf ilmunya, pak imam cuba menenangkan keadaan para hadirin secara hikmah. Suasana ketika itu memang memerlukan seorang pemimpin untuk mengawalnya. Aku diam.

“sabar..sabar..ini kan rumah Allah..”

“apa lagi yang harus kita buat pak imaaam??!! Kita perlu sembahyangkan jenazah iniii!!” keadaan makin tak terkawal.

“pecahkan pintu masjiiidd!!!” kedengaran lagi suara sumbang melontarkan pandangan.

“HAHAHAHA!!!”

Aku gelak besar.

“apa la bangang sangat. Pergilah try bukak pintu tu dulu mana tahu angin ke tiup tadi.”

Tak seorang pun menimbang-nimbang idea yang aku sampaikan. Pak imam masih mengawal keadaan.

“kalau memang tak boleh bukak pun, sembahyang mayat kat luar masjid pun boleh. Ada ke sampai nak pecah-pecah pintu...aduuhh hai”

Aku mengeluh lagi.

Para jemaah tak seorang pun yang melihat aku. Mungkin mereka tidak mahu mengganggu mood yang sedia ada. Aku tengok sebelah. Pendapat aku mak aku sedang insaf dengan suasana tersebut yang sedang berlaku betul-betul di hadapan mata.

Ternyata meleset. Mak aku lagi brutal. Best je dia tidur tengah saspen-saspen ni..

Langkahan kaki yang tadinya terhenti aku teruskan. Aku terus masuk bilik lalu depan mak aku yang tengah syok tidur bawah kipas mengadap tv.

“Aduhaaai..Cerita indoooon..cerita indoooon…” gerutu aku dalam hati.

No comments:

Post a Comment