Wednesday, March 10, 2010

fahrenheit dan konsentrasi


“aduuh..!!” aku tiup-tiup tangan aku.

“tu baru panas dunia man, belum panas akhirat lagi..” meknah tegur aku.

Ayam nasi kukus tu baru lepas angkat aku dah rembat. Fresh sikit nak makan kononnya. Pastu mula la terkebil-kebil panas bila nak cubit suap masuk dalam mulut.

Betul.. Tu baru panas dunia. Panas api dunia ni dicipta sesuai untuk membantu manusia memudahkan tugasan harian. Panas api akhirat dicipta khusus untuk membakar manusia dan jin yang ingkar. Sedang panas api dunia yang diciptakan sebegitu sifatnya sudah terasa panas oleh kulit, apa lagi api akhirat. Aku dengar ceramah.

Aku jadi ingat akhirat sekejap. Macam tulah manusia. Kadang-kadang ingat akhirat, tapi selalunya dunia yang ambik tempat.

“fokus man..fokus man..” aku pujuk hati aku..

Chelsea kalah pulak ngan manchester city. Kalau camni susah la..syaitan merah dan arsengal dah makin rapat. Liverfool aku tak pasti main lagi tak dalam epl.

Chelsea..chelsea..mana formasi diamond yang dibangga-banggakan? Ni kalau drogba injured abis la. lampard dah kembali ke jalan yang benar tapi malam tu memang bukan malam chelsea. Hilario tersilap apply teknik, salah angle la pejadah..terry aku rasa kena pergi cuti rehat minda..semua serba tak kena..tevez eksen-eksen depan aku lepas sumbat gol..bikin aku panaaas jee..temperature badan dah naik..

“kamoonn..fokuusss!!”

Hari tu aku tengok dokumentari man vs wild. Memang survival and explorace abis la mamat dukumentari tu. Aku rasa kalau dia tengok fear factor dia gelak-gelak senak perut je. Kacang nak mampus. Aku pun penah gelak tengok rancangan bikin takut-takut ni. Sekali tu aku tengok fear factor cabaran dia ek eleh aku pun boleh buat. Makan durian! Aduh, durian tu kalau buat tempoyak aku makan macam kuah je dengan nasi. Apa hal? Ek eleeh..

Bear grylls mamat man vs wild tu memang cool. Dia pergi sahara tunjuk aplikasi survival dengan hanya menggunakan bantuan asas. Tengah syok merewang dia jumpa bangkai unta. Dia toreh itu unta. Benda-benda hijau dalam perut unta tu dia perah taruh dalam mulut. Amacam? Steady tak?

Ada satu episod dia bunuh ular. Kulit ular tu dia tak bazir. Dia kencing dalam kulit tu untuk simpan sebagai bekalan minuman masa emergensi katanya. Dan ternyata, dia membuktikan kejantanan dia dengan minum air yang belum menjalani proses osmosis songsang tu. Jangan katakan halal JAKIM, halal syarikat swasta pun takde. Cuaca kat situ memang panas beb..

“Arghhhhh..!!! fokuuuss!! fokuuuussss!!”

Cuaca sekarang tak menentu. Kejap hujan dan selalunya panas memanjang. Lepas johor, aku dengar negeri sembilan pulak kena catu air. Lepas ni mana pulak? Selangor? Tak balik rumah la aku..nak basuh baju camne?

Donald trump si kaya tu cakap mana ada cuaca sekarang ni panas. Ini semua konspirasi dia kata..ewah ewah..senang je dia cakap. Hari-hari duduk dalam aircond boleh la..Try datang mahallah usman sikit tengok camne? Boleh tidur tak malam-malam? Aku siap boleh bagi ekstra bau baju aku berlonggok tak basuh seminggu lagi kalau dia berani sahut cabaran aku ni..hati aku didih. celcius semakin meninggi..

“Fokuuss maaan..fokuuusssss..!!!!”

Aik? Ada sesuatu mengganggu fikiran aku..

“ Dah berapa dah ni? Tiga ke empat? Aduuhh..”

Aku sujud sahwi..

No comments:

Post a Comment