Wednesday, March 10, 2010

Mampukah aku hidup tanpamu? - diari seorang gemuk


Dulu aku kurus. Sekarang orang cakap aku dah gemuk. Makin hari makin ramai yang cakap macam tu kat aku. Aku rasa aku tahu sebabnya.

Dulu sebelum praktikal aku selalu bangun lewat. Bangun-bangun je matahari dah mencacak atas bumbung asrama. Kalau ada kelas pagi nasib la kelas tu. Jadi sistem badan aku memang dah set aku tak berapa lapar waktu tengahari sebab tenaga yang tersimpan masih banyak yang belum digunakan. Otak pun jadi sembab.

Sekarang praktikal aku dah belajar bangun awal. Praktikal start pukul 9 pagi, jadi selalunya lepas subuh aku akan sambung tidur balik untuk simpan tenaga buat bekerja lepas ni. Aku perlu lebih bijak membahagikan tenaga sebab aku dah berkerjaya sekarang. 8.50 aku bangun. Amacam?

Bangun awal menyebabkan aku yang selama ni tak pernah-pernah nak makan tengahari dah jadi makan tengahari. Sekarang ni aku rasa pelik pulak kalau tak makan tengahari. Belakang ofis aku ada satu restoran nasi kukus wafie yang jual nasi kukus. Setelah beberapa kali bereksperimen di dua tiga tempat kat area tu, restoran ni akhirnya menjadi pilihan utama aku ngan membe praktikal aku.

Sekali makan aku mintak double, dua kali ganda dari kuantiti biasa. Boleh kata hari-hari aku makan camtu. Badan dah naik. Serius. Nasib baik praktikal aku lagi sebulan, aku ingat kalau praktikal aku lagi lima bulan aku nak sain kontrak dengan dr rozmey. Herbalife pun ok jugak.

Praktikal pun dah nak habis. Aku target aku boleh kurus balik bila aktiviti harian aku menjadi pulih seperti sediakala. Tapi jauh kat sudut hati aku ada risau sebenarnya. Lepas-lepas ni kalau aku dah tak boleh tidur pagi banyak-banyak tak ingat dunia balik macam mana? Tengahari aku nak makan apa? Aku mana biasa dengan kehidupan macam ni..

Oh nasi kukus, mampukah aku hidup tanpamu?

No comments:

Post a Comment