Tuesday, March 9, 2010

“Buah hati saya nama aiman”



“Aiman, jom la turun gi makan dulu. Minum-minum ke.. Lepak la, kerja tu sambung lepas-lepas ni boleh..” abang zul tempat aku praktikal cuba menghasut aku.

“Aiman..haha..macam manja siot nama tu..” abang zul sorang lagi mencelah.

Entah macam mana tiba-tiba dia boleh timbulkan persoalan ni hari tu. Bila aku fikir-fikir, ye jugak sebab selalunya yang nama aiman ni budak-budak je. Terutamanya budak-budak zaman informasi teknologi ni.

Tapi persoalan tentang nama ni aku pernah fikir masa aku budak-budak lagi sebenarnya.

Masa tu filem pendekar hati waja lakonan faizal husin meletup-letup dalam kalangan remaja sekolah rendah tak terkecuali aku. Pergh..satu je aku tak puas hati pasal cerita tu. Hero dia rusdi ramli bukan faizal husin. Faizal husin jadi hero jugak, tapi hero jahat.

Apa punya direktor la bikin cerita yang membuatkan hati dan perasaan aku terguris. Aku rasa dia perlu lebih mendalami illmu emosi kanak-kanak..

Faizal husin ni bagi impak kat aku sejak aku tengok cerita gila-gila remaja. Dia pakai sarung tangan warna merah naik motor lari sebab apa tah, merajuk dengan awek kot. Aku pun tak berapa nak ingat..lepas tu dia buat kejutan datang saat-saat akhir kat majlis apa tah..arghh..aku betol-betol tak berapa ingat cerita tu.

Yang pasti bagi aku dia memang hero la..dengan sarung tangan ala-ala kamen raider naik scrambler.. smart siot..

Bila aku tengok faizal husin berlakon, aku rasa bila aku besar nanti aku nak tukar nama jadi faizal husin. Tapi aku tak pasti kalau-kalau benda pasal tukar-tukar nama ni termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Aku mengerti aku masih hijau dalam dunia ni..

Aku pun ambil keputusan tanya mak aku. Time tu mak aku tengah sibuk memasak kat dapur. Soalan aku agak tricky, aku tak tanya direct. Malu kot.

“umi, masa umi kecik dulu umi nama apa?”

Mak aku gelak-gelak. Dia tanya aku balik kenapa. Aku cakap adalah saja nak tahu. Lepas aku paksa-paksa mak aku pun jawab.

“Nik Azah jugak la..”

Aku pun berlalu dari situ dengan hampa. Aku buat kesimpulan yang nama aku tak boleh diubah pada masa tua aku nanti. Rumah tangga bahagia yang aku impikan selama ini hancur. Bisa tak bisa penangan faizal husin kat aku masa tu..

Sekarang ni, nama aku masih aiman walaupun aku dah tahu nama aku bila-bila masa aku nak tukar pun boleh. Tapi aku maintain..namun ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak senang duduk dengan gejala-gejala negatif yang semakin bercambah berkaitan dengan nama aku ni.

Aku perhatikan trend budak-budak sekarang ni cenderung diberi nama aiman. Tak percaya cuba cek kat jabatan pendaftaran negara.

Enam puluh peratus budak-budak sekarang nama dia aiman. Betol..

Aku tipu.

Aku pun tak tahu berapa peratus sebenarnya. Apa kes aku nak pergi buat kajian pasal benda-benda macam ni.

Aku rasa ibu bapa zaman teknologi ni banyak dipengaruhi oleh media massa bernama televisyen. Ye la, budak-budak yang berlakon kat tv tu semua nak letak nama aiman. Asal budak-budak je nama aiman. Asal comel sikit je nama aiman. Asal hero cerita kanak-kanak je nama aiman. Asal kreatif dan berkebolehan tinggi dalam segala bidang je nama aiman. Asal itu je nama aiman, asal ini je nama aiman..

Cuba la letak nama mahmud ke, harun ke, jalal ke..tak boleh?

Masa sekolah rendah aku ada budak nama aiman, sama darjah pulak tu. Masuk sekolah menengah pun ada sorang nama aiman, nasib baik sorang je. Aku bajet satu kelas tu nama aiman. Zaman tu aku rasa tak teruk lagi fenomena ni.

Tapi sekarang aku dah rasa semacam. Masa aku dengar orang tu beranak,nama anak dia aiman. Masa aku dengar orang ni beranak,nama anak dia pun aiman. Masa entah sape-sape beranak pun aku awal-awal lagi dah jangka dia nak letak nama aiman jugak. Semua aiman la senang cerita. Ada satu kumpulan nasyid kanak-kanak pun dah terpengaruh dengan gelombang tsunaiman ni.

Pernah sekali masa rumah aku yang sekarang ni tengah renovate, family aku duduk rumah sewa jap. Satu petang ada sorang budak jiran sebelah rumah aku tengah main dalam pagar rumah dia. Budak kecik lagi. Aku tanya nama dia.

“aiman..”

ringkas je dia jawab..

Aduuuuhh..

Aku mula risau. Cuba korang bayangkan dalam masa dua puluh tahun lagi. Bila semua budak-budak aiman ni membesar dan berumahtangga.

Suri-suri rumah akan bercakaran sesama sendiri ketika menjemur baju di belakang rumah. Wanita-wanita di pejabat saling tidak bertegur sapa, gosip-gosip artis kahwin datuk menteri tak lagi kedengaran. Akan timbul syarikat-syarikat berunsur penyiasatan khas untuk para isteri yang syak suaminya ada affair dengan perempuan lain. Semuanya berpunca dari soalan:

“buah hati awak nama siapa?”

“aiman..”

“aapaaaa??! Tu jantan aku tu!! Baik kau cakap elok-elok aiman mana ni!!?? Betina gataallll !!!”

Apa hal beb? Aku pun nak hidup bahagia macam korang jugak!!

5 comments:

  1. adeh...memberontak. :-)

    ReplyDelete
  2. aku bukan memberontak saje-saje..tengok, yang mengomen entri ni pun nama aiman. haha..

    ReplyDelete
  3. hahaha...klakar siot...hahaha..nt nk ltk nme aiman gak la klu dpt anak..

    ReplyDelete
  4. oh ye ke? bila nak kawen? haha..

    ReplyDelete