Tuesday, March 16, 2010

Mak minah berdemokrasi..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Punya perlembagaan, punya raja, punya pemimpin, dan punya rakyat. Perlembagaan berkuasa, raja memerintah, pemimpin menasihati, dan rakyat mentaati.

Mak minah faham?

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Terkadang aku dengar ada yang tak puas hati. Bukan apa katanya, yang punya kuasa sekarang sudah korupsi. Jalan-jalan awam pun dah penuh demonstrasi. Yang dituduh pula ketawa tak henti. Kalau kau tak puas hati ke apa, kita ada empat tahun sekali..

Mak minah buat-buat muka tak mesra..mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Hari ini aku dengar orang yang punya kehormatan itu lompat parti. Bukan puak-puak itu sahaja, esok-esok katanya ramai lagi. Aku pun pening tak tahu apa nak jadi. Diorang kata, ini negara, negara demokrasi. Tapi yang sebelah pula menjerit, ini negara, negara kuku besi. Ini negara ada main proksi. Masing-masing saling bersangsi.

Mak minah terus layan tv..mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Siapa yang umur dua puluh satu dah boleh mengundi. Tapi ramai lagi tak mendaftar kata pak menteri. Apa diorang ni tak reti-reti? Benda ini bukan main-main jangan pula buat tak peduli. Mak minah tiba-tiba terasa hati.

Belum mendaftar lagi la tu..mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Hari tu aku tengok muka mak minah bukan main berseri. Siap belanja aku lagi makan kat mc’d. Tak pernah hayat aku dia buat cenggini. Aku sengih-sengih nak mintak tambah mc’flurry. Mak minah dah mula berbasa-basi. Lain kali dah taknak belanja aku lagi..

Mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Mak minah semalam menangis tak henti. Bukannya sakit atau ditinggalkan tok laki. Bukan juga ada orang mati atau kalah loteri. Tapi fulusnya habis berlori-lori. Namun yang diharap tiba-tiba tak menjadi.

Mak minah..mak minah..

Mak minah janganlah macam ni. Ini negara, sistem demokrasi. Yang banyak menang, yang sedikit pandai-pandailah bawa diri. Dah ramai tak suka, sebab tulah pelajar tu kena pergi. Mak minah tak puas hati dia balun aku lagi..

“apasal kau tak AFUNDI??!”

*****

Boleh blah lah AF8!!

*JUGAK AF1, AF2, AF3, AF4, AF5, AF6, AF7, DAN AF-AF LEPAS NI. BUANG MASA JE BELAKA!!

No comments:

Post a Comment