Monday, March 15, 2010

Kelurus bendulan media dan generasi bermasalah yang berinformasi

Hari tu aku tengok berita. Seperti biasa, berita tv malam tu dimulakan dengan berita-berita yang menarik bertujuan menarik penonton untuk menonton berita yang diberitakan oleh pemberita yang disampaikan terus ke kaca tv oleh jurukamera selepas melalui beberapa proses rumit yang melibatkan satelit dan bermacam-macam lagi peralatan berteknologi tinggi seumpamanya yang berada di ruang angkasa mahupun di muka permukaan bumi yang aku sendiri pun tak berapa nak faham sangat. Turut terlibat, kabel letrik dan pencawang TNB.

Bermula dengan isu luar negara, berita selanjutnya memasuki fasa dan permasalahan yang berlaku dalam negara.

Mendedahkan bagaimana remaja seawal belasan tahun sudah mendapat tauliah menjadi salesman and saleswoman yang berjaya. Pendapatan diorang bukan main-main wo, mencecah ribuan ringgit sebulan. Yang dijual bukan alat menjimatkan minyak ke hai-o ke top up ke apa, diorang jual dadah.

Operasi tu bukan operasi solo wartawan seperti mana yang selalu kita lihat dalam rancangan melodi. Ia turut melibatkan pihak polis yang melakukan risikan selama entah berapa lama aku tak ingat. Serbuan dijalankan setelah mengenal pasti lebih kurang sepuluh operasi panas di seluruh negeri.

Menurut apa yang pemberita tu bagitahu aku, serbuan yang dilakukan tidak berjaya memberkas dalang sebenar jenayah dadah tersebut sebaliknya hanya berjaya menahan dua orang bawahan yang ketika itu berada di dalam rumah yang diserbu. Dalam agakan aku, yang ditahan memang betul-betul masih muda remaja. Aku pun tak pasti sebab skrin tv aku tu jadi kabur semacam je bila jurukamera tu tunjuk muka suspek. Macam kena wap. Ikut-ikut je muka budak tu pegi mana. Aku rasa kena tukar tv baru dah ni.

Budak-budak tu bukan artis pada hemat aku. Kalau artis pun, diorang masih belum matang dengan karenah industri hiburan kat negara ni. Mana taknya, dia jawab je apa yang orang kat tv tu soal. Selalu aku tengok berita tv3 pukul 12.30 tengahari hari ahad, artis-artis yang terlatih ni diorang akan jawab ‘no komen’ je bila kena terjah dengan soalan-soalan panas. Takpun suruh tunggu statement peguam. Takpun biar masa yang menentukan. Takpun ini antara saya dengan dia. Takpun harap menghormati privasi saya..Takpun eh takdelah, VIP mana ni? Saya masih solo ok?

Pemberita meneruskan bacaan sehinggalah ada satu part ni aku jadi tertanya-tanya sikit tentang tujuan sebenar sesebuah berita disiarkan. Pemberita dengan selamba memberitahu bagaimana mudahnya dadah murahan dapat diproses. Bahan-bahan yang digunakan pula boleh didapati tanpa risiko di farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh negara.

Mungkin ada yang beranggapan benda macam ni tak jadi masalah.

Tapi bagi aku, perkara ini amat mendukacitakan. Mat-mat gian yang dengar benda ni mungkin akan mendapat ilmu baru untuk melepaskan gian masing-masing. Budak-budak sekolah yang baru nak pikap dengan najis-najis dadah ni dapat memulakan karier sebagai mat pit dengan mudah. Tak payah nak beli dadah ori, try yang mana senang dulu. Pergi kedai runcit makcik joyah, campur itu ini dan tahniah..siap..

Alahai wartawan..cubalah tapis sikit kandungan berita.. Betul, benda ni sebagai informasi untuk masyarakat. Tapi kalau boleh, ubahlah sikit penggunaan bahasa yang digunakan supaya lebih berlapik. Jangan detail sangat, buat je pernyataan secara umum.

“…..menggunakan bahan makanan yang mudah didapati di kedai-kedai runcit dan pasaraya terkemuka.”

“….menggunakan ubat-ubatan dari farmasi.”

Kan umum tu? Senang je, jangan detail sangat. Mat-mat bermasalah ni pun jadi susah sikit nak faham. Kalau diorang nak selidik ke apa lepas ni dia punya hal lah. Tu keje diorang.

Ni siap terang ubat sakit mende yang digunakan, ada nama saintifik asparagus mende jadah lagi. Mat-mat pit pun dah siap sedia nota depan tv catat apa-apa yang patut..kalau ada mana-mana nama yang pening-pening tak sempat tulis, helo-helo membe tanya sempat salin ke tak. Kerjasama.

Lepas-lepas ni apa pulak? Cara-cara memotong blok motor untuk mat rempit?

Wartawan perlu lebih kreatif dalam menyampaikan informasi. Berita bertujuan mencegah jenayah, bukan menggalakkan aktiviti-aktiviti jenayah.

Mungkin entri ini nampak menyalahkan wartawan sepenuhnya, sebenarnya tidak. Harap tiada salah faham.

Dari satu sudut, aku tahu berita-berita sebegini dapat memberikan kesan yang positif dalam melahirkan rakyat malaysia yang berinformasi..betul, aku akui..

Bila berita-berita sebegini disiarkan, mat-mat pit yang selama ni tak pernah nak ambik tahu pasal masalah negara mungkin akan jadi ikut tahu. Mat-mat rempit yang selama ni malas nak ambik tahu pasal dunia mungkin boleh jadi tahu siapa itu barrack obama. Tahu apa itu tsunami. Tahu apa itu palestin. Tahu apa itu demokrasi. Tahu apa itu kebebasan sejagat.

Saham syarikat mana jatuh semalam pun jadi boleh tahu..

“gua tengok berita semalam beb....”

No comments:

Post a Comment