Friday, May 28, 2010

rumahtangga yang retak

“Apa maknanya semua ni bang??! Apa maknanya semua ni??!”

“Yang, jangan jerit-jerit macam ni yang..malu kat anak-anak..”

“Aaahh!! u selalu bagi alasan yang sama!!”

“ Jangan la degil macam ni yang..”

“Habis, cuba u explain kat i, apa maknanya semua ni???!!”

“Sayang!! u jangan buat i hilang sabar!!!”

“Tapi bang, i tak faham..apa makna semua ni..”

“Kan i dah cakap, kalau u tak faham, ambik la dictionary tu.. Orang lain sibuk nak baca suratkhabar omputih u pun sibuk nak baca jugak! Pastu mula la terpekik melolong macam orang gila…!!”

Si jantan terus berlalu pergi..

Rumahtangga ini..bagaimanakah akhirnya?

Friday, May 21, 2010

Tahukah anda...? episod 2

Uban merupakan bulu-bulu roma berwarna putih yang sering kelihatan pada diri seperti rambut, janggut, misai dan sebagainya. Uban selalunya dikaitkan dengan proses penuaan seseorang individu. Ia juga dikatakan berlaku seiring dengan proses berfikir yang banyak. Lebih banyak otak berfikir lebih banyaklah uban yang akan kelihatan.

Bagaimanapun, kucing anda si putih bukanlah seekor kucing yang kuat berfikir walaupun bulunya kelihatan lebat berwarna putih. Ia juga tidak mungkin berlaku akibat proses penuaan kerana ia baru lahir bulan lepas.

Anda tidak perlu terlalu risau dengan keadaan si putih sehingga memaksa anda mendapatkan nasihat 7 pakar rambut sunsilk. Ini kerana ia merupakan satu perkara normal bagi seekor kucing. Belailah ia dengan manja dan penuh kelembutan sesuai dengan fitrahnya sebagai seekor kucing. Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Sunday, May 16, 2010

budaya barat

Preeuuut…..!!

Aku perhatikan sekeliling.

Sorang dua mamat kat tepi aku cuba jeling-jeling. Kepala masih steady kat depan tapi mata hitam dah melirik-lirik ke arah aku.

“Wooooiii!! Aku tak kentut laa..!!” aku sekadar meluahkan jeritan di dalam hati. Tak terzahir.

Tengok-tengok aku plak.

Aku teruskan melangkah. Kali ini aku lebih berhati-hati. Aku tak mahu orang awam memandang sinis ke arah aku lagi.

Mata aku melilau mencari milo 3 dalam satu. Ada dua tiga makcik kat situ. Bungkusan hijau kat depan aku capai. Mata aku terus menerawang mana tahu ada lagi benda yang nak dibeli.

Aku capai bungkusan megi kat sebelah. Tengok-tengok harga aku letak balik.

Preeuuuuutt…!!

Aduuuu..

Bunyi tu muncul lagi. Halus je. Kali ni lebih panjang dan berkarisma.

Makcik-makcik kat sebelah dah tengok aku. Tutup mulut. Gelak-gelak plak.

“Aku tak kentut la bebbb!!!” aku meronta-ronta di dalam hati.

Kali ni aku mesti melakukan sesuatu.

Sambil melintas depan makcik-makcik tu aku tekan-tekan selipar aku. Aku ingin membuktikan bahawa aku berada di pihak yang benar. Aku adalah pihak yang teraniaya.

“Sengal punya selipar!! Taknak bunyik plak!! Tadi time ramai orang pandai je nak buat bunyik!!”

Time tu jugak aku rasa nak campak selipar tu dalam tong sampah.

Crocs tak crocs.

Aku tak suka selipar yang hobinya mengadu domba.

Monday, May 10, 2010

Tahukah anda…?

Pekerja contoh ialah pekerja yang mempunyai disiplin yang tinggi seperti datang kerja pada waktunya serta mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik.

Ibu contoh pula merupakan seorang ibu yang mampu meberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anak serta mampu mendidik mereka menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Ibu contoh juga disebut sebagai ibu mithali.

Bagaimanapun, rumah contoh bukanlah merupakan sebuah rumah yang datang kerja pada waktunya atau juga mampu mendidik anak-anaknya dengan baik. Sebaliknya, ia merupakan sebuah rumah yang dibina sebagai model untuk para pelanggan melakukan justifikasi sebelum membeli sesebuah rumah itu. Rumah contoh juga tidak disebut sebagai rumah mithali.

Fakta lain: walaupun rumah contoh merupakan model, ia tidak mampu melakukan catwalk.

Saturday, May 8, 2010

Konfiden

Jika kau fikirkan kau boleh,

Kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu,

Usahamu tidak menentu..

First time aku bawak basikal aku pun dah tak berapa nak ingat kenangan tu. Tapi yang penting aku konfiden. Sebab tu aku boleh bawak basikal. Buat apa-apa pun yang penting mesti ada konfiden baru kerja jadi. Aku dengar satu lagu kat tv2.

Basikal tu ala-ala basikal lumba anuar manan. Dekat hujung hendel ada pemegang besi macam tanduk kerbau. Bangga beb. Tapi anuar manan punya basikal saiz l aku punya saiz s, budak-budak punya basikal.

Dulu kalau mak aku suruh pergi kedai aku liat-liat. Sekarang aku yang siap tanya kalau-kalau ada barang yang nak suruh dibeli kat kedai. Kalau takde pun paksa jugak biar bagi ada. Ada sekali tu aku pergi kedai parking kat sebelah sorang pakcik yang tengah tunggu sape entah kat motor dia.

“ Cantik basikal. Jual kat pakcik boleh?”

Aku senyum-senyum. Aku yakin pakcik tu ikhlas. Tak mungkin dia nak mengorat aku. Aku masih kanak-kanak. Lagipun aku lelaki, dia pun lelaki.

Aku senyum lagi.

Sejak ada basikal ni aku dah jarang menceburkan diri untuk bermain bola kat tengah jalan. Aku lebih cenderung untuk meningkatkan prestasi pecutan aku. Membe-membe aku masih cekal dengan bola sepak jalanan yang dah berapa kali masuk longkang kutip balik. Kulit dah tercabut sana sini. Bau sebijik macam longkang. Serius.

Bola sepak jalanan ni banyak risikonya. Kalau takde nasib, tengah syok tunjuk skill ala-ala azman adnan dan rembatan ala-ala rusdi suparman sedar-sedar bola dah bergolek laju masuk longkang. Siapa yang buat tu pandai-pandai la. Masuk longkang ambik bola pergi basuh. Selalunya paip depan rumah aku yang jadi mangsa.

Lepas basuh kena hentak-hentak dulu kat jalan untuk hilangkan semaksimum mungkin cecair yang masih melekat. Dah sambung main semua takut-takut kat bola sebab tengah basah lagi dengan aroma yang kurang menyenangkan. Poyo je semua. Padahal bau bola tu dengan bau sekor-sekor pun dah tak boleh nak beza. Sama je. Bila bola dah kering permainan kembali rancak.

Baru je kering masuk longkang balik.

Aku bawak laju-laju. Eksen depan membe-membe yang tengah main bola. Diorang tengok aku sambil meneruskan aktiviti perbolaan diorang. Selalunya kalau kereta lalu aktiviti jalanan akan berhenti seketika untuk memberikan laluan.

Aku bajet diorang akan membuat perkara yang sama jika aku memecut kat situ. Aku silap.

Ada ke patut diorang tak beri laluan kat aku. Ego kanak-kanak laki-laki aku semakin tercabar. aku pecut makin laju. Bola bergolek-golek tengah jalan. Aku konfiden. Pedal basikal semakin kuat aku ganyah. Diorang tengok aku. Aku tak tengok diorang, maintain fokus kepada pecutan. Bola terus bergolek. Lagu tv2 terus berirama di dalam hati. Jangan haraplah aku nak berhenti.

Dan petang itu berlalu seperti biasa, tetap pada janjinya untuk berjumpa malam..tak seperti kebanyakan manusia..

“Aimaaaaannn!! Balik rumah mandiiii!! “

Aku bersiap-siap nak pergi mengaji kat rumah ustaz subhan. Sapu-sapu dashing kat badan. Tengok cermin. Sikat rambut belah tengah, tengok-tengok muka buat apa yang patut. Aku bukak mulut. Gigi depan aku satu dah tinggal separuh. Makan tar tadi.

Aku senyum. Buat-buat konfiden.

Tak guna punya lagu.