Wednesday, April 28, 2010

motivasi diri

Kuala Lumpur – Cubaan enam lelaki merompak sebuah kedai emas di Taman Kinrara, Jalan Klang Lama di sini hari ini gagal apabila seorang pekerja kedai itu menekan alat penggera keselamatan menyebabkan keenam-enam mereka lari lintang pukang. Gambar – tangga yang ditinggalkan oleh penjenayah. (KOSMO)

“Kegagalan mencapai matlamat bukanlah satu penamat kepada segala-galanya tetapi merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.” – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (Bernama)

Aku harap perompak-perompak ni tak menggatal tangan nak bukak motivasi pagi bila bangun tido hari-hari.

Tuesday, April 27, 2010

sick'ret rare'sir'pee

“Abang, taknak pedas.”

Aku tengok foreigner tu cakap kat tukang masak. Kat sini korang jangan main-main dengan foreigner. Diorang pandai cakap bahasa melayu.

Ini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bro.

Bahasa melayu berpotensi besar untuk jadi bahasa antarabangsa kat sini. Macam zaman kesultanan melayu melaka dulu. Lingua franca. Cikgu sejarah aku pernah bagitau.

Aku tengok foreigner tu tadi.

Dia pergi kaunter café Norazah Caterer nak bayar order dia dan ambik resit. Aku beratur kat belakang. Hajat di hati nak order nasi goreng biasa dengan telur dadar. Aku tak makan lagi sejak pagi tadi.

Perut aku dah mula riuh berdendang.

“Megisap satu” foreigner tu cakap penuh konfiden.

Aku angkat kening.

“What the hell?” aku sekadar bermonolog di dalam hati.

Gila kau nak cakap kuat-kuat depan dia.

Tapi aku tidak menzahirkan bantahan. Mungkin ini resipi baru.

Aku perhatikan abang kaunter.

Tangan kanan abang kaunter dah bersedia nak tekan butang kat mesin duit. Namun bebola mata masih tertancap kat muka foreigner tu. Menampakkan kekeliruan dengan resipi yang diorder foreigner tu.

“Megisap satu.” foreigner tu ulang balik.

Dia cari-cari menu atas meja kaunter. Jari telunjuk dia mengarah-arah dari atas hingga ke bawah mencari resipi rahsia yang dia canang tadi. Sampai kat satu resipi dia berhenti. Resipi rahsia Norazah Caterer.

“Ooh..megisap rupanya.” bibir aku mengukir senyum.

Abang kaunter sudah mampu menekan butang mesin duit yang tadinya tidak mampu ditekan.

“m..e..g..g..i....s..u..p……..megisap.” aku eja-eja dalam hati.

Lain kali aku nak try order jugak tengok sedap setara mana resipi baru ni.

Friday, April 23, 2010

Gejala sosial

Aku baru lepas balik makan kat café usman. Cium tangan bau ayam goreng masih ada. Sampai blok aku, aku nampak dia.

Dia renung aku. Renung yang tajam. Aku perlahankan langkah kaki.

Tiba-tiba dia serang aku.

“Woooiii!! Apahal??!!”

Aku tengok dia. Dia terus pergi buat tak tahu kat aku. Macam dia tak bersalah.

“Sengal. Apahal dia ni?”

Aku teruskan langkah ke bilik. Tertanya-tanya.

Malam tu aku pergi kiosk nak beli topup. Bai yang jaga kiosk tu membebel.

“itu mahu curi roti la tu.”

Aku tengok mata bai kiosk renung kat pintu. Mata aku turut menyorot mengikut pandangan bai kiosk.

Aku nampak dia lagi, dia yang aku jumpa petang tadi. Tapi aku tak pasti samada itu dia ataupun membe dia. Muka lebih kurang je semua aku tengok.

Dia melangkah perlahan penuh berhati-hati. Merenung aku dan bai kiosk.

“Banyak gila la ini cuti.” bai kiosk sambung lagi.

Aku senyap aje.

Betul. Semua kucing kat UIA jadi gila masa ni. Masing-masing berusaha keras meneruskan kehidupan sebab banyak café tengah tutup.

UIA sedang bercuti.

*****

Advance kucing skang. Makan roti.

Aku saspek datuk nenek diorang makan ubi kayu je hari-hari time jepun datang dulu.

Sunday, April 18, 2010

Hari ini hari aku.

Hari tu aku dengar orang besar tu saman orang besar ni. Pastu ahli ugama pulak saman ahli ugama. Pastu, nabil raja lawak pulak dah nak kena saman. Kes diorang semua ni bukan main-main cap ayam, jutaan ringgit Malaysia beb..cuba korang convert jadi rupiah tengok dapat berapa?

“Aiman! Aiman!” jefri tercungap-cungap panggil aku.

“Ada apa ribut-ribut ni jef?”

“Aku dengar ***** nak saman kau dua ratus ribu sebab dia cakap kau ada fitnah dia dalam entri kau sebelum ni!”

“Apa??!! kau biar betul??”

Aku dah mula risau. Kalau betullah ***** yang nak saman aku, aku tak rasa benda ni main-main. Lagipun yang bagitahu aku ni jefri, dia tak pernah tipu aku sebelum ni. Tapi aku tahu aku di pihak yang benar. Aku tak terlibat dengan fitnah-fitnah ni.

Jantung aku berdegup pantas.

Karpal singh mula menjadi percaturan dalam kepala aku. Karam singh walia takde.

“Kau main-main ke apa ni jef?”

“Ishh kau ni. Ikut kau ah..”

Dua ratus ribu kot. Aku praktikal pun elaun dapat empat ratus je. Tu pun nak tampung petroleum kereta dan makan dan topup dan saman parking letak luar petak empat kali pun dah tak cukup. Dia ni takde belas kasihan ke? Lepas-lepas ni aku dah tak tahu la nak jimat petroleum lagi macam mana. Aircond kancil tu dah tutup tak pasang-pasang dah kecuali waktu terdesak. Kalau setakat asap diesel lori tu pun aku sanggup sedut lagi. Ni dia nak saman aku dua ratus ribu?

Huh..aku mengeluh panjang..

Aku kira-kira kalau aku bekerja sebagai jurukur bahan yang bertauliah nanti starting gaji dapat la sekitar dua ribu sebulan. Dua ratus ribu bahagi dua ribu sama dengan satu ratus. Maknanya kalau aku kerja satu ratus bulan baru aku boleh bayar full saman tu. Tu pun tak kira cuti bersalin lagi tu..kalau bos aku taknak bayar cuti tu macam mana?

Aduh..endorfin aku makin banyak keluar..

Ni aku kena dapat kepastian betul-betul ni..kalau si jefri ni tipu aku memang aku nak saman dia balik. Serius. Membe tak membe. Membazir endorfin aku je terpancar untuk benda remeh-temeh macam ni. Sistem perkumuhan pun dah terjejas.

PAAAAPPPPP!!!

“Bangunla solat maghriiibbb!!”

Aku bangun. Automatik kepala aku fikir fasal saman dua ratus ribu tu. Fikir pasal saman ni aku jadi tak tenteram. Bayangkanlah aku pening-pening bangun tidur lepas asar pun terus jadi ingat pasal saman tu. Aku cukup risau. Aku tahu aku di pihak yang benar, tapi kalau aku kalah macam mana?

Aku dalam kegusaran realiti dunia. Yang benar tak semestinya akan menang.

Aku makin risau. Aku mintak-mintak dia tak jadi saman aku..

Eh? ?

Aku kecilkan bukaan kelopak mata. Otak aku mula menerawang dalam pandangan yang masih berbinar. Dahi aku tepuk-tepuk.

Maghrib??

Aku urut-urut leher.

Aku tidur ke tadi? Aku kena saman? Bila pulak aku tulis pasal ***** dalam blog aku?

Err...........siapa jefri??

Aku garu-garu kepala. Aku biarkan nafas masuk sedalam-dalamnya. Gusar aku makin menghilang.

Sedikit demi sedikit bayangan karpal singh berlalu pergi.

Karam singh walia tak muncul-muncul..

Thursday, April 1, 2010

Talian hayat

“Tu nama bahagian dalam otak laaa..”

Budak skema cuba meyakinkan membenya yang nampak muka seperti tak puas hati. Hanya mereka berdua di situ.

“Banyak la engkau bahagian otak. Tu nama negara. Aku tahu la.”

Urat leher si membe mula kelihatan.

“Ish kau ni. Percaya la cakap aku. ini nama bahagian dalam otak. Cikgu sains aku ada cakap dalam kelas hari tu. Aku ingat lagi..”

Budak skema masih bertegas.

“Habis..nama negara tu apa? Kau ingat aku bodoh ke?”

Perbualan mula memasuki fasa kedua sebelum adegan tumbuk-menumbuk dijangka berlaku jika tiada siapa datang mengawal.

“Nama negara mana pulak ni? Aku rasa kau tertukar dengan Algeria la..”

Budak skema cuba menafsir. Si membe mula berkerut dahi.

“Oh, tu Algeria ke? Aku ingat Algebra tadi..sori sori..”

*****

Aku tengok bebudak tu dari jauh. Kesian.

Skema tak skema.

Sains konfem E.