Wednesday, March 31, 2010

Bangsa yang musnah

“Cis, keparat!!”

“Palembang sudah ditawan. Jangan benarkan kaki kotor mereka melangkah ke daerah ini!!”

Ini tanah milik bangsa. Hanya darah jadi bayaran.

Persetankan agenda musuh. Persetankan gagahnya ketumbukan bala tentera mereka. Persetankan apa yang mereka tawarkan. Tanah ini bukan untuk digadai. Ini tanah lambang maruah. Lambang maruah bangsa.

“Mereka ini setan-setan yang sudah hilang akal!”

“Yaa!!! Benar sekali katamu itu!!”

Laungan semangat itu terus disambut dengan sorakan oleh pejuang bangsa.

Jangan ditanya mana si tuah. Jangan ditanya mana si jebat. Sudah melangkah pantang berundur. Sudah melangkah sedia menghunus. Sudah menghunus terus bertempur.

“Ini darahku!! Mana engkau bangsat??!!”

Laungan demi laungan mula membakar semangat juang tentera. Suasana semakin bingit.

Bangsa ini akan musnah jika musuh-musuh ini jika dibiarkan melangkah. Maruah bangsa akan dilumat segenggam demi segenggam.

Anak-anak kecil akan dididik melupakan bahasa bonda mereka. Gaya hidup penjajah yang sudah jahanam itu akan mula menodai nilai bangsa yang selama ini terjaga tiada terusik.

“Yaaaaaaaaaaaa!!! Yaaaaaaaaaaaa!!!“

Sorakan tentera terus bergema menggegarkan ruang angkasa.

“Mereka ini punya agenda kootooooorrrrr!!!”

“Yaaaaaaaaaaaa!!! Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!”

Kata-kata semangat terus diapikan. Bahang terus membakar suasana.

“Araaak, judiiii, seks, FIFA manager..ini semua agenda mereka!!!!”

“Hah?”

Suasana tiba-tiba sepi.

“FIFA manager? Apakah gerangan itu wahai tuan hamba?”

“Ciiiss tuan hamba!! Jangan banyak bertanya! Siapa yang banyak bertanya maka lemmmaah imannyaa..ayuh tentera-tenteraku yang gagah sekalian! Kita hapuskan mereka!!”

“Yaaaaaaaaaaaa!!!! Yaaaaaaaaaaaa!!!!”

Suasana kembali bingit.

Ketumbukan musuh mula muncul di pandangan. Sedikit demi sedikit bilangan mereka semakin membesar. Pejuang bangsa terus menghunus senjata. Tiada rasa gentar. Tiada rasa simpati.

Namun kekuatan musuh bukan calang tandingan. Seorang demi seorang mula tumbang.

Tentera musuh mula menguasai medan. Mereka dilihat menyerang jentera pengorek yang sedang menggali emas di kawasan sekitar untuk membekalkan bekalan kewangan kepada pejuang bangsa.

Bangunan sekitar pula mula musnah satu persatu.

Aku mengeluh sayu.

Inikah pengakhiran bangsaku? Masihkah punya harapan dalam kegawatan ini?

Oh bangsaku..

Pancaran skrin semakin menggelap….

“You are defeated”

Aku tumbuk keyboard. Terus tekan alt+F4.

Tak best ah red alert. Baik aku main FIFA manager.

Thursday, March 25, 2010

Aku yang hensem

Aku nampak zakwan naik tangga. Dah lama aku tak nampak dia. Dia dari mana tah pakai helmet. Keluar la tu. Main bowling kot.

Aku nak bikin surprise lama tak jumpa. Dia datang je depan aku aku buat muka bangang yang aku boleh buat. Suara pun takleh blah.

“zaaakkwaaaammmm!!” aku jerit.

Dia tengok aku semacam.

Aku tengok dia balik.

Dia tengok aku lagi. Semacam.

“salah orang.”

Dia terus naik tingkat atas. Aku sengih-sengih.

Jabatan pengangkutan jalan patut mengharamkan penggunaan visor pada helmet jika fenomena sebegini terus berlaku. Ini pada hemat aku. Serius.

Tuesday, March 16, 2010

Mak minah berdemokrasi..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Punya perlembagaan, punya raja, punya pemimpin, dan punya rakyat. Perlembagaan berkuasa, raja memerintah, pemimpin menasihati, dan rakyat mentaati.

Mak minah faham?

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Terkadang aku dengar ada yang tak puas hati. Bukan apa katanya, yang punya kuasa sekarang sudah korupsi. Jalan-jalan awam pun dah penuh demonstrasi. Yang dituduh pula ketawa tak henti. Kalau kau tak puas hati ke apa, kita ada empat tahun sekali..

Mak minah buat-buat muka tak mesra..mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Hari ini aku dengar orang yang punya kehormatan itu lompat parti. Bukan puak-puak itu sahaja, esok-esok katanya ramai lagi. Aku pun pening tak tahu apa nak jadi. Diorang kata, ini negara, negara demokrasi. Tapi yang sebelah pula menjerit, ini negara, negara kuku besi. Ini negara ada main proksi. Masing-masing saling bersangsi.

Mak minah terus layan tv..mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Siapa yang umur dua puluh satu dah boleh mengundi. Tapi ramai lagi tak mendaftar kata pak menteri. Apa diorang ni tak reti-reti? Benda ini bukan main-main jangan pula buat tak peduli. Mak minah tiba-tiba terasa hati.

Belum mendaftar lagi la tu..mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Hari tu aku tengok muka mak minah bukan main berseri. Siap belanja aku lagi makan kat mc’d. Tak pernah hayat aku dia buat cenggini. Aku sengih-sengih nak mintak tambah mc’flurry. Mak minah dah mula berbasa-basi. Lain kali dah taknak belanja aku lagi..

Mak minah..mak minah..

Negara ini dengar katanya negara demokrasi..

Mak minah semalam menangis tak henti. Bukannya sakit atau ditinggalkan tok laki. Bukan juga ada orang mati atau kalah loteri. Tapi fulusnya habis berlori-lori. Namun yang diharap tiba-tiba tak menjadi.

Mak minah..mak minah..

Mak minah janganlah macam ni. Ini negara, sistem demokrasi. Yang banyak menang, yang sedikit pandai-pandailah bawa diri. Dah ramai tak suka, sebab tulah pelajar tu kena pergi. Mak minah tak puas hati dia balun aku lagi..

“apasal kau tak AFUNDI??!”

*****

Boleh blah lah AF8!!

*JUGAK AF1, AF2, AF3, AF4, AF5, AF6, AF7, DAN AF-AF LEPAS NI. BUANG MASA JE BELAKA!!

Monday, March 15, 2010

Kelurus bendulan media dan generasi bermasalah yang berinformasi

Hari tu aku tengok berita. Seperti biasa, berita tv malam tu dimulakan dengan berita-berita yang menarik bertujuan menarik penonton untuk menonton berita yang diberitakan oleh pemberita yang disampaikan terus ke kaca tv oleh jurukamera selepas melalui beberapa proses rumit yang melibatkan satelit dan bermacam-macam lagi peralatan berteknologi tinggi seumpamanya yang berada di ruang angkasa mahupun di muka permukaan bumi yang aku sendiri pun tak berapa nak faham sangat. Turut terlibat, kabel letrik dan pencawang TNB.

Bermula dengan isu luar negara, berita selanjutnya memasuki fasa dan permasalahan yang berlaku dalam negara.

Mendedahkan bagaimana remaja seawal belasan tahun sudah mendapat tauliah menjadi salesman and saleswoman yang berjaya. Pendapatan diorang bukan main-main wo, mencecah ribuan ringgit sebulan. Yang dijual bukan alat menjimatkan minyak ke hai-o ke top up ke apa, diorang jual dadah.

Operasi tu bukan operasi solo wartawan seperti mana yang selalu kita lihat dalam rancangan melodi. Ia turut melibatkan pihak polis yang melakukan risikan selama entah berapa lama aku tak ingat. Serbuan dijalankan setelah mengenal pasti lebih kurang sepuluh operasi panas di seluruh negeri.

Menurut apa yang pemberita tu bagitahu aku, serbuan yang dilakukan tidak berjaya memberkas dalang sebenar jenayah dadah tersebut sebaliknya hanya berjaya menahan dua orang bawahan yang ketika itu berada di dalam rumah yang diserbu. Dalam agakan aku, yang ditahan memang betul-betul masih muda remaja. Aku pun tak pasti sebab skrin tv aku tu jadi kabur semacam je bila jurukamera tu tunjuk muka suspek. Macam kena wap. Ikut-ikut je muka budak tu pegi mana. Aku rasa kena tukar tv baru dah ni.

Budak-budak tu bukan artis pada hemat aku. Kalau artis pun, diorang masih belum matang dengan karenah industri hiburan kat negara ni. Mana taknya, dia jawab je apa yang orang kat tv tu soal. Selalu aku tengok berita tv3 pukul 12.30 tengahari hari ahad, artis-artis yang terlatih ni diorang akan jawab ‘no komen’ je bila kena terjah dengan soalan-soalan panas. Takpun suruh tunggu statement peguam. Takpun biar masa yang menentukan. Takpun ini antara saya dengan dia. Takpun harap menghormati privasi saya..Takpun eh takdelah, VIP mana ni? Saya masih solo ok?

Pemberita meneruskan bacaan sehinggalah ada satu part ni aku jadi tertanya-tanya sikit tentang tujuan sebenar sesebuah berita disiarkan. Pemberita dengan selamba memberitahu bagaimana mudahnya dadah murahan dapat diproses. Bahan-bahan yang digunakan pula boleh didapati tanpa risiko di farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh negara.

Mungkin ada yang beranggapan benda macam ni tak jadi masalah.

Tapi bagi aku, perkara ini amat mendukacitakan. Mat-mat gian yang dengar benda ni mungkin akan mendapat ilmu baru untuk melepaskan gian masing-masing. Budak-budak sekolah yang baru nak pikap dengan najis-najis dadah ni dapat memulakan karier sebagai mat pit dengan mudah. Tak payah nak beli dadah ori, try yang mana senang dulu. Pergi kedai runcit makcik joyah, campur itu ini dan tahniah..siap..

Alahai wartawan..cubalah tapis sikit kandungan berita.. Betul, benda ni sebagai informasi untuk masyarakat. Tapi kalau boleh, ubahlah sikit penggunaan bahasa yang digunakan supaya lebih berlapik. Jangan detail sangat, buat je pernyataan secara umum.

“…..menggunakan bahan makanan yang mudah didapati di kedai-kedai runcit dan pasaraya terkemuka.”

“….menggunakan ubat-ubatan dari farmasi.”

Kan umum tu? Senang je, jangan detail sangat. Mat-mat bermasalah ni pun jadi susah sikit nak faham. Kalau diorang nak selidik ke apa lepas ni dia punya hal lah. Tu keje diorang.

Ni siap terang ubat sakit mende yang digunakan, ada nama saintifik asparagus mende jadah lagi. Mat-mat pit pun dah siap sedia nota depan tv catat apa-apa yang patut..kalau ada mana-mana nama yang pening-pening tak sempat tulis, helo-helo membe tanya sempat salin ke tak. Kerjasama.

Lepas-lepas ni apa pulak? Cara-cara memotong blok motor untuk mat rempit?

Wartawan perlu lebih kreatif dalam menyampaikan informasi. Berita bertujuan mencegah jenayah, bukan menggalakkan aktiviti-aktiviti jenayah.

Mungkin entri ini nampak menyalahkan wartawan sepenuhnya, sebenarnya tidak. Harap tiada salah faham.

Dari satu sudut, aku tahu berita-berita sebegini dapat memberikan kesan yang positif dalam melahirkan rakyat malaysia yang berinformasi..betul, aku akui..

Bila berita-berita sebegini disiarkan, mat-mat pit yang selama ni tak pernah nak ambik tahu pasal masalah negara mungkin akan jadi ikut tahu. Mat-mat rempit yang selama ni malas nak ambik tahu pasal dunia mungkin boleh jadi tahu siapa itu barrack obama. Tahu apa itu tsunami. Tahu apa itu palestin. Tahu apa itu demokrasi. Tahu apa itu kebebasan sejagat.

Saham syarikat mana jatuh semalam pun jadi boleh tahu..

“gua tengok berita semalam beb....”

Saturday, March 13, 2010

persamaan linear

“Elok makan daging kambing ni syakir”

Abang ipar aku berbual dengan adik bongsu aku kat meja makan satu hari.

“Kenapa?”

Adik aku melontarkan persoalan. Dia memang tak suka makan daging.

“Makan daging kambing boleh tambah darah dalam badan..”

Abang ipar aku bagitahu. Dia sambung makan.

“Ooh..” adik aku seperti faham apa yang ingin disampaikan.

Aku duduk kat sebelah dengar-dengar.

Hari itu, aku dah jumpa alasan kukuh untuk tidak menderma darah.

Friday, March 12, 2010

Mungkinkah ini sudah jodohku?

Bila bercinta semua jadi indah.

Air kosong terasa manis. Bau longkang dah jadi bau one drop perfume. Garu-garu tempat luka dah jadi sama best dengan garu kurap. Manusia yang tak bersayap pun bisa terbang tinggi di langit. Semuanya tampak sempurna.

Kalau pergi rumah bakal mentua, lidah yang selama-lama ni tak pernah nak makan ikan kulit besi mak masak pun jadi boleh makan. Yang mana anti-sayur selama-lama ni siap boleh puji-puji lagi.

“Sedap la ni makcik..” mata berair-air menahan sengsara.

Makcik si bakal mentua tu pulak dah lama tak memasak. Semuanya masin-masin belaka. Air oren pun masin. Tapi takpe, cinta punya pasal semua ditanggung beres.

“Oh air oren dah habis, nanti makcik buatkan yang baru..”

Muka masih steady kunyah-kunyah sayur. Senyum-senyum kat bakal mak mentua sambil angkat gelas yang hampir kosong orennya. Tunjuk-tunjuk gelas tu nak mintak tambah la konon-konon. Sampai begitu punya tahan. Hati kat dalam dah meronta-ronta. Kaki dah mula hentak-hentak.

Ada yang sanggup buang keluarga buang membe. Itu cinta buta namanya.

Ada yang sekadar nak main-main. Itu cinta monyet namanya.

Ada pulak yang mencari cinta tuhan. Itu cinta sejati namanya.

Orang kata, kalau nak tahu ada cinta ke tak perlu rasa ada satu feel ni kat dalam diri. Rasa elektrostatik yang mengalir dalam badan. Lebih kurang macam renjatan elektrik la. Orang bercinta memang tahu rasa ni.

Bila kita pandang si dia, mata akan terpana. Kaki pulak jadi kaku. Tubuh jadi seakan hilang daya. Degupan di dada jadi kencang tak ingat.

Yang mana tadi rasa macam ada gatal kat hidung tak tahan nak korek, jadi automatik tahan. Hebat tak hebat penangan cinta.

Begitulah lebih kurang orang bagitahu kat aku. Orang yang kata.. Aku tak tahu..

“Aduuuuh..”

Aku pegang perut. Dah tak boleh tahan dah ni. Tak sempat nak sarung kain tuala pergi tandas, aku ambik keputusan pakai seluar trek licin tu terus je. Aku berlari-lari anak. Tangan kiri pegang poket seluar kiri. Ada beg duit. Takut jatuh. Tangan kanan pulak pegang kat poket seluar kanan. Ada henset.

Sekejap aku berlari cepat, sekejap aku berlari perlahan. Cepat-cepat perlahan. Nampak tandas aku jadi lega. Selamat tandas tak penuh. Ada satu dua yang tidak digunakan.

Selesai membersihkan sistem perkumuhan, aku keluar tandas. Pergi kat sink basuh tangan biar bagi bersih kaw-kaw.

Aku berlari-lari anak ke bilik. Tangan kanan pegang poket sebelah kanan. Ada beg duit. Orait. Tangan kiri pegang kat poket seluar sebelah kiri. Kosong.

HAAAAAAHHHHH???!!!

Aku berlari semula ke tandas. Ribut mencari tandas tadi. Permukaan tandas yang licin aku tak hiraukan. Budak-budak yang ada kat tandas tu tengok-tengok aku.

Nafas aku tercungap-cungap mencari tandas yang aku pun tak pernah hafal tandas mana aku masuk selama ni.

“Ah! Jumpa pun!!”

Takde orang guna.

Aku bukak pintu kuat-kuat. Bunyi pintu terhentak ke dinding. Kuat. Aku memang dah tak fikir perasaan pengguna kat tandas sebelah. Kalau dia ada tak puas hati kat aku ke apa lepas ni aku suruh je dia telefon direct kat persatuan pengguna buat aduan. Aku apa peduli.

Bukak pintu aku terus tengok kat lantai. Takde.

Aku tengok lubang jamban.

Sepantas kilat aku merasakan sesuatu dalam badan aku. Getaran elektrostatik tahap empat. Mata aku jadi terpana. Kaki aku jadi kaku. Tubuh aku menjadi seakan sudah hilang dayanya..

Dada berdegup semakin kencang..

Inikah apa yang dinamakan cinta?

Lubang jamban ini...mungkinkah ia telah berjaya mencuri hatiku?

Thursday, March 11, 2010

menjadi fadzilah kamsah

“Kalau kau mahukan ketenangan, cari di mana jiwa kau.”

Dia angguk-angguk.

“Di situ kau akan menemui jawapannya..” aku meneruskan bicara.

“Tutuplah matamu wahai saudaraku..carilah ketenangan..fikirkan..fikirkan..”

Dia angguk-angguk lagi. Seakan memahami apa yang ingin aku sampaikan.

Dia tutup mata. Kelihatan kesan bebola matanya bergerak-gerak pada lapisan luar kulit kelopak mata. Dia seperti berfikir. Fikir yang dalam.

Aku sedar masalah sebegini tak mudah diselesaikan. Aku biarkan dia mengambil sebanyak masa yang mungkin.

Masa terus meninggalkan dua manusia yang sedang berusaha menyelesaikan kekhilafan dan kekusutan yang berlaku dalam hidup insan.

“Ya!!!!”

Tiba-tiba dia menjerit.

“Aku dah nampak..!!!!! Aku dah nampak jiwa aku! Aku dah nampak ketenangan!!”

Aku senyum puas. Puas membantu manusia yang dilanda masalah seperti dia. Jambang-jambang lebat yang melitupi muka menjadi saksi kekalutan yang dihadapinya selama ini.

Aku bangun setelah lama melabuhkan punggung di atas kerusi rotan tersebut. Terasa seperti disengat-sengat di kaki. Tak semena-mena dia menepuk-nepuk bahu aku.

“Terima kasih saudaraku! Terima kasih!! Aku dah nampak dah, aku dah nampaakkk!! Bentuk dia yang bintik-bintik keluar masa kita tutup mata tu kan?”

Aku angguk-angguk.

Sah dia ni gila.

dialog dengan jin

“kau kat mana?” aku tekan suara aku.

Aku nak pastikan orang dalam area sepuluh meter persegi boleh dengar suara aku. Tiada balasan di corong telefon. Aku tekan lagi nada suara.

“kau kat mana? Aku nak gi makan kat cafĂ© faruq ni!”

Kosong. Masih tiada jawapan. Aduh penatla macam ni. Aku meneruskan langkahan sambil memekap telefon bimbit di telinga. Dahi aku berkerut-kerut seakan perit menunggu jawapan.

Membe foreigner aku melintas kat sebelah. Aku sengih-sengih kat dia sambil angkat kening. Telefon bimbit aku masih di telinga. Dia sengih-sengih balik. Mengerti aku sedang bercakap dalam telefon, dia segera beredar.

Aku cuba mencari idea untuk meneruskan perbualan dalam telefon. Masih tidak berputus asa mengharapkan jawapan.

“errr errr..cepatla woi!!” Idea mula kering.

Suara aku sengaja aku tinggikan. Biar orang dekat-dekat dengan aku boleh mendengar perbualan aku dengan telefon mudah alih. Aku tak marah. Aku cuma bimbang.

Aku paling ke belakang. Membe foreigner aku semakin jauh dari pandangan. Aku langkah cepat-cepat.

Bimbang aku semakin surut..

Huh..aku tarik nafas lega. Telefon aku lipat balik.

Ni bukan first time aku bercakap dengan orang halimunan.

Aku saspek arsene wenger pun pernah guna taktik ni masa dia mula-mula datang arsenal tak reti nak borak omputih dengan membe-membe foreigner dulu..

sebabak keinsafan

Pintu masjid terbuka luas. Para jemaah yang datang mengusung jenazah berjalan beramai-ramai ke masjid sambil diketuai pak imam sebagai kepala di hadapan. Suasana kelihatan sedih dan bermuram durja.

Satu ketika, pengusung jenazah nampak sedikit tidak stabil. Aku risau kalau-kalau jenazah yang sedang diusung untuk disembahyangkan itu terjatuh. Mungkin orang yang mengusung jenazah tidak menyedari perkara tersebut. Aku hanya melihat.

Jenazah tersebut dengar katanya orang yang banyak membuat maksiat semasa hidupnya. Memfitnah orang dan mencuri harta orang. Begitulah kiranya setahu-tahu aku.

Melihatkan kepada keadaan jenazah tersebut diusung sahaja sudah mampu menerbitkan sedikit rasa insaf buat hati yang lembut. Dengan keadaan pengusung yang terkadang tidak stabil, kita sudah mampu menilai bahawasanya jenazah yang diusung tersebut seorang yang banyak membuat kejahatan semasa hayatnya.

Aku cuba menulis entri ini sebaik mungkin agar tidak mengaibkan jenazah.

Tapi hati aku masih keras. Aku masih melihat kosong suasana di hadapan mata aku. Mungkin keimanan yang lemah membuatkan aku jadi begini.

Dan tiba-tiba..

Eeeuuukkkkkk…keleepaaaaak..!!!!!!!

Pintu masjid yang tadi terbuka luas tiba-tiba tertutup rapat. Semua jemaah yang hadir tercengang. Melihat-lihat antara satu sama lain. Pak imam spontan mengarahkan para jemaah berhenti. Aku berdiri tegak tidak bergerak, tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Begitu juga keadaannya para jemaah yang hadir.

“Mungkin inilah balasan Allah kepadanya!!” seorang jemaah mula berteriak.

“harus, apa yang patut kita buaatt???!! Kita perlu pecahkan pintu masjid ini!!!!!” seseorang memberikan pandangan.

Bisik-bisik para jemaah semakin kencang. Semua saling memberikan pendapat.

Sesuai dengan taraf ilmunya, pak imam cuba menenangkan keadaan para hadirin secara hikmah. Suasana ketika itu memang memerlukan seorang pemimpin untuk mengawalnya. Aku diam.

“sabar..sabar..ini kan rumah Allah..”

“apa lagi yang harus kita buat pak imaaam??!! Kita perlu sembahyangkan jenazah iniii!!” keadaan makin tak terkawal.

“pecahkan pintu masjiiidd!!!” kedengaran lagi suara sumbang melontarkan pandangan.

“HAHAHAHA!!!”

Aku gelak besar.

“apa la bangang sangat. Pergilah try bukak pintu tu dulu mana tahu angin ke tiup tadi.”

Tak seorang pun menimbang-nimbang idea yang aku sampaikan. Pak imam masih mengawal keadaan.

“kalau memang tak boleh bukak pun, sembahyang mayat kat luar masjid pun boleh. Ada ke sampai nak pecah-pecah pintu...aduuhh hai”

Aku mengeluh lagi.

Para jemaah tak seorang pun yang melihat aku. Mungkin mereka tidak mahu mengganggu mood yang sedia ada. Aku tengok sebelah. Pendapat aku mak aku sedang insaf dengan suasana tersebut yang sedang berlaku betul-betul di hadapan mata.

Ternyata meleset. Mak aku lagi brutal. Best je dia tidur tengah saspen-saspen ni..

Langkahan kaki yang tadinya terhenti aku teruskan. Aku terus masuk bilik lalu depan mak aku yang tengah syok tidur bawah kipas mengadap tv.

“Aduhaaai..Cerita indoooon..cerita indoooon…” gerutu aku dalam hati.

Wednesday, March 10, 2010

fahrenheit dan konsentrasi


“aduuh..!!” aku tiup-tiup tangan aku.

“tu baru panas dunia man, belum panas akhirat lagi..” meknah tegur aku.

Ayam nasi kukus tu baru lepas angkat aku dah rembat. Fresh sikit nak makan kononnya. Pastu mula la terkebil-kebil panas bila nak cubit suap masuk dalam mulut.

Betul.. Tu baru panas dunia. Panas api dunia ni dicipta sesuai untuk membantu manusia memudahkan tugasan harian. Panas api akhirat dicipta khusus untuk membakar manusia dan jin yang ingkar. Sedang panas api dunia yang diciptakan sebegitu sifatnya sudah terasa panas oleh kulit, apa lagi api akhirat. Aku dengar ceramah.

Aku jadi ingat akhirat sekejap. Macam tulah manusia. Kadang-kadang ingat akhirat, tapi selalunya dunia yang ambik tempat.

“fokus man..fokus man..” aku pujuk hati aku..

Chelsea kalah pulak ngan manchester city. Kalau camni susah la..syaitan merah dan arsengal dah makin rapat. Liverfool aku tak pasti main lagi tak dalam epl.

Chelsea..chelsea..mana formasi diamond yang dibangga-banggakan? Ni kalau drogba injured abis la. lampard dah kembali ke jalan yang benar tapi malam tu memang bukan malam chelsea. Hilario tersilap apply teknik, salah angle la pejadah..terry aku rasa kena pergi cuti rehat minda..semua serba tak kena..tevez eksen-eksen depan aku lepas sumbat gol..bikin aku panaaas jee..temperature badan dah naik..

“kamoonn..fokuusss!!”

Hari tu aku tengok dokumentari man vs wild. Memang survival and explorace abis la mamat dukumentari tu. Aku rasa kalau dia tengok fear factor dia gelak-gelak senak perut je. Kacang nak mampus. Aku pun penah gelak tengok rancangan bikin takut-takut ni. Sekali tu aku tengok fear factor cabaran dia ek eleh aku pun boleh buat. Makan durian! Aduh, durian tu kalau buat tempoyak aku makan macam kuah je dengan nasi. Apa hal? Ek eleeh..

Bear grylls mamat man vs wild tu memang cool. Dia pergi sahara tunjuk aplikasi survival dengan hanya menggunakan bantuan asas. Tengah syok merewang dia jumpa bangkai unta. Dia toreh itu unta. Benda-benda hijau dalam perut unta tu dia perah taruh dalam mulut. Amacam? Steady tak?

Ada satu episod dia bunuh ular. Kulit ular tu dia tak bazir. Dia kencing dalam kulit tu untuk simpan sebagai bekalan minuman masa emergensi katanya. Dan ternyata, dia membuktikan kejantanan dia dengan minum air yang belum menjalani proses osmosis songsang tu. Jangan katakan halal JAKIM, halal syarikat swasta pun takde. Cuaca kat situ memang panas beb..

“Arghhhhh..!!! fokuuuss!! fokuuuussss!!”

Cuaca sekarang tak menentu. Kejap hujan dan selalunya panas memanjang. Lepas johor, aku dengar negeri sembilan pulak kena catu air. Lepas ni mana pulak? Selangor? Tak balik rumah la aku..nak basuh baju camne?

Donald trump si kaya tu cakap mana ada cuaca sekarang ni panas. Ini semua konspirasi dia kata..ewah ewah..senang je dia cakap. Hari-hari duduk dalam aircond boleh la..Try datang mahallah usman sikit tengok camne? Boleh tidur tak malam-malam? Aku siap boleh bagi ekstra bau baju aku berlonggok tak basuh seminggu lagi kalau dia berani sahut cabaran aku ni..hati aku didih. celcius semakin meninggi..

“Fokuuss maaan..fokuuusssss..!!!!”

Aik? Ada sesuatu mengganggu fikiran aku..

“ Dah berapa dah ni? Tiga ke empat? Aduuhh..”

Aku sujud sahwi..

Mampukah aku hidup tanpamu? - diari seorang gemuk


Dulu aku kurus. Sekarang orang cakap aku dah gemuk. Makin hari makin ramai yang cakap macam tu kat aku. Aku rasa aku tahu sebabnya.

Dulu sebelum praktikal aku selalu bangun lewat. Bangun-bangun je matahari dah mencacak atas bumbung asrama. Kalau ada kelas pagi nasib la kelas tu. Jadi sistem badan aku memang dah set aku tak berapa lapar waktu tengahari sebab tenaga yang tersimpan masih banyak yang belum digunakan. Otak pun jadi sembab.

Sekarang praktikal aku dah belajar bangun awal. Praktikal start pukul 9 pagi, jadi selalunya lepas subuh aku akan sambung tidur balik untuk simpan tenaga buat bekerja lepas ni. Aku perlu lebih bijak membahagikan tenaga sebab aku dah berkerjaya sekarang. 8.50 aku bangun. Amacam?

Bangun awal menyebabkan aku yang selama ni tak pernah-pernah nak makan tengahari dah jadi makan tengahari. Sekarang ni aku rasa pelik pulak kalau tak makan tengahari. Belakang ofis aku ada satu restoran nasi kukus wafie yang jual nasi kukus. Setelah beberapa kali bereksperimen di dua tiga tempat kat area tu, restoran ni akhirnya menjadi pilihan utama aku ngan membe praktikal aku.

Sekali makan aku mintak double, dua kali ganda dari kuantiti biasa. Boleh kata hari-hari aku makan camtu. Badan dah naik. Serius. Nasib baik praktikal aku lagi sebulan, aku ingat kalau praktikal aku lagi lima bulan aku nak sain kontrak dengan dr rozmey. Herbalife pun ok jugak.

Praktikal pun dah nak habis. Aku target aku boleh kurus balik bila aktiviti harian aku menjadi pulih seperti sediakala. Tapi jauh kat sudut hati aku ada risau sebenarnya. Lepas-lepas ni kalau aku dah tak boleh tidur pagi banyak-banyak tak ingat dunia balik macam mana? Tengahari aku nak makan apa? Aku mana biasa dengan kehidupan macam ni..

Oh nasi kukus, mampukah aku hidup tanpamu?

Tuesday, March 9, 2010

“Buah hati saya nama aiman”



“Aiman, jom la turun gi makan dulu. Minum-minum ke.. Lepak la, kerja tu sambung lepas-lepas ni boleh..” abang zul tempat aku praktikal cuba menghasut aku.

“Aiman..haha..macam manja siot nama tu..” abang zul sorang lagi mencelah.

Entah macam mana tiba-tiba dia boleh timbulkan persoalan ni hari tu. Bila aku fikir-fikir, ye jugak sebab selalunya yang nama aiman ni budak-budak je. Terutamanya budak-budak zaman informasi teknologi ni.

Tapi persoalan tentang nama ni aku pernah fikir masa aku budak-budak lagi sebenarnya.

Masa tu filem pendekar hati waja lakonan faizal husin meletup-letup dalam kalangan remaja sekolah rendah tak terkecuali aku. Pergh..satu je aku tak puas hati pasal cerita tu. Hero dia rusdi ramli bukan faizal husin. Faizal husin jadi hero jugak, tapi hero jahat.

Apa punya direktor la bikin cerita yang membuatkan hati dan perasaan aku terguris. Aku rasa dia perlu lebih mendalami illmu emosi kanak-kanak..

Faizal husin ni bagi impak kat aku sejak aku tengok cerita gila-gila remaja. Dia pakai sarung tangan warna merah naik motor lari sebab apa tah, merajuk dengan awek kot. Aku pun tak berapa nak ingat..lepas tu dia buat kejutan datang saat-saat akhir kat majlis apa tah..arghh..aku betol-betol tak berapa ingat cerita tu.

Yang pasti bagi aku dia memang hero la..dengan sarung tangan ala-ala kamen raider naik scrambler.. smart siot..

Bila aku tengok faizal husin berlakon, aku rasa bila aku besar nanti aku nak tukar nama jadi faizal husin. Tapi aku tak pasti kalau-kalau benda pasal tukar-tukar nama ni termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Aku mengerti aku masih hijau dalam dunia ni..

Aku pun ambil keputusan tanya mak aku. Time tu mak aku tengah sibuk memasak kat dapur. Soalan aku agak tricky, aku tak tanya direct. Malu kot.

“umi, masa umi kecik dulu umi nama apa?”

Mak aku gelak-gelak. Dia tanya aku balik kenapa. Aku cakap adalah saja nak tahu. Lepas aku paksa-paksa mak aku pun jawab.

“Nik Azah jugak la..”

Aku pun berlalu dari situ dengan hampa. Aku buat kesimpulan yang nama aku tak boleh diubah pada masa tua aku nanti. Rumah tangga bahagia yang aku impikan selama ini hancur. Bisa tak bisa penangan faizal husin kat aku masa tu..

Sekarang ni, nama aku masih aiman walaupun aku dah tahu nama aku bila-bila masa aku nak tukar pun boleh. Tapi aku maintain..namun ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak senang duduk dengan gejala-gejala negatif yang semakin bercambah berkaitan dengan nama aku ni.

Aku perhatikan trend budak-budak sekarang ni cenderung diberi nama aiman. Tak percaya cuba cek kat jabatan pendaftaran negara.

Enam puluh peratus budak-budak sekarang nama dia aiman. Betol..

Aku tipu.

Aku pun tak tahu berapa peratus sebenarnya. Apa kes aku nak pergi buat kajian pasal benda-benda macam ni.

Aku rasa ibu bapa zaman teknologi ni banyak dipengaruhi oleh media massa bernama televisyen. Ye la, budak-budak yang berlakon kat tv tu semua nak letak nama aiman. Asal budak-budak je nama aiman. Asal comel sikit je nama aiman. Asal hero cerita kanak-kanak je nama aiman. Asal kreatif dan berkebolehan tinggi dalam segala bidang je nama aiman. Asal itu je nama aiman, asal ini je nama aiman..

Cuba la letak nama mahmud ke, harun ke, jalal ke..tak boleh?

Masa sekolah rendah aku ada budak nama aiman, sama darjah pulak tu. Masuk sekolah menengah pun ada sorang nama aiman, nasib baik sorang je. Aku bajet satu kelas tu nama aiman. Zaman tu aku rasa tak teruk lagi fenomena ni.

Tapi sekarang aku dah rasa semacam. Masa aku dengar orang tu beranak,nama anak dia aiman. Masa aku dengar orang ni beranak,nama anak dia pun aiman. Masa entah sape-sape beranak pun aku awal-awal lagi dah jangka dia nak letak nama aiman jugak. Semua aiman la senang cerita. Ada satu kumpulan nasyid kanak-kanak pun dah terpengaruh dengan gelombang tsunaiman ni.

Pernah sekali masa rumah aku yang sekarang ni tengah renovate, family aku duduk rumah sewa jap. Satu petang ada sorang budak jiran sebelah rumah aku tengah main dalam pagar rumah dia. Budak kecik lagi. Aku tanya nama dia.

“aiman..”

ringkas je dia jawab..

Aduuuuhh..

Aku mula risau. Cuba korang bayangkan dalam masa dua puluh tahun lagi. Bila semua budak-budak aiman ni membesar dan berumahtangga.

Suri-suri rumah akan bercakaran sesama sendiri ketika menjemur baju di belakang rumah. Wanita-wanita di pejabat saling tidak bertegur sapa, gosip-gosip artis kahwin datuk menteri tak lagi kedengaran. Akan timbul syarikat-syarikat berunsur penyiasatan khas untuk para isteri yang syak suaminya ada affair dengan perempuan lain. Semuanya berpunca dari soalan:

“buah hati awak nama siapa?”

“aiman..”

“aapaaaa??! Tu jantan aku tu!! Baik kau cakap elok-elok aiman mana ni!!?? Betina gataallll !!!”

Apa hal beb? Aku pun nak hidup bahagia macam korang jugak!!